Buku

Parkia Speciosa

Penulis: Fudzail

ISBN: 9789674602680

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan cerpen: Parkia Speciosa ialah himpunan 20 buah cerpen yang terhasil daripada kecaknaan dan kepekaan pengarang terhadap setiap yang berlaku di sekelilingnya di samping memanfaatkan apa-apa yang didepani dan dialaminya sendiri. Semua itu dibumbuinya dengan ilmu pengetahuan luas yang dimilikinya, khususnya melalui pembacaan dan pergaulannya selain kekuatan daya imaginasinya, hingga menjadikan setiap cerpen yang disuguhkan dalam kumpulan ini kaya dan tepu dengan maklumat. Cerita yang berkisar tentang peribadi dan kekeluargaan memang ada disuguhkan kepada pembaca dalam kumpulan cerpen ini. Namun begitu, kebanyakan cerpen dalam kumpulan ini mengetengahkan kisah-kisah glokal dan global, dengan muatan-muatan ilmu dan falsafah yang sangat berguna. Hal-hal yang bersangkut dengan kebobrokan politik, masalah sosial, pergolakan dan krisis dunia, sejarah, penghakisan jati diri, dan sebagainya, didedahkan dengan penuh sedar dan tanggungjawab oleh pengarang. Sama ada disampaikan secara jujur dan langsung ataupun secara sinis dan tersirat, cerpen-cerpen ini sama sekali tidak menghampakan pembaca. Ada permainan kata dan ayat, estetik dirasakan, tetapi semua itu tidak menyekat pembaca untuk mencernakan mesej dan pengajarannya. Meski ada isu yang disinggul pengarang jauh di benua Afrika, timur tengah, timur jauh, dan lain-lain, kesemuanya relevan dan penting diketahui oleh masyarakat berbahasa melayu dimana-mana pun jua.