Buku

Mencari Warna Daun

Penulis: Juri Durabi

ISBN: 9789674300395

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan yang mengandungi 16 buah cerpen ini disatukan dalam tema Islam yang dibentuk oleh persoalan-persoalan masyarakat desa. Antara persoalan yang diungkapkan pengarang ialah pengambilan tanah orang kampung oleh pihak berkuasa, budaya masyarakat Orang Sungai, serta perjuangan masyarakat desa dalam memperbaiki kehidupan mereka. Cerpen-cerpen yang terkandung dalam kumpulan ini banyak mengambil latar tempat di pinggir Sungai Bengkoka, daerah Kusilah, Sabah. Selain daripada itu, watak dan perwatakan yang dibina juga menggambarkan budaya Islam masyarakat Orang Sungai khususnya dalam menonjolkan keteguhan pendirian mereka dalam mempertahankan Islam dan tanah warisan.

Cerpen-cerpen dalam kumpulan ini memberikan cerita yang menarik tentang dunia masyarakat desa dan juga setinggan yang menghadapi pelbagai suasana kehidupan. Secara keseluruhannya kumpulan cerpen Mencari Warna Daun ini memberi bentuk penulisan yang jernih dengan tema islam dan persoalan kehidupan masyarakat bawahan, dengan penggunaan bahasa yang mudah dan jelas, serta olahan plot dan cerita yang kemas.