Buku

Konflik Di Hati Enrique

ISBN: 9789674301712

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Buku ini menghimpunkan sepuluh buah cerpen hasil karya Nazri Hussein (Husna Nazri) yang dipersembahkan secara tegar dan matang. Karya-karya yang termuat menyajikan permasalahan semasa serta isu-isu mutakhir yang berlegar dalam masyarakat baik pada peringkat glokal mahupun merentasi jauh ke sempadan geografi yang bersifat global. Tema-tema yang diangkat pula pelbagai daripada sengketa dunia, jati diri, falsafah, warisan Melayu, perpaduan serta ketuhanan dan kebenaran.

Semuanya digarap melalui sentuhan seni sastera yang mulus dan tersirat. Cerpen yang menjuduli buku ini mengetengahkan tentang pencarian terhadap warisan dan jati diri yang dipadamkan oleh sejarah masa silam.