Buku

Jagung Manis Kayu Gaharu

Penulis: Rahman Haji Yusof

ISBN: 9789674602871

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Usaha memindahkan pengalaman dalam bentuk kreatif memerlukan kekuatan imaginasi dan kreativiti penceritanya. Pengalaman kecil mampu menjadi besar dan menarik dihayati seandainya naratifnya hidup, lancar, serta teradun dengan pelbagai teknik penulisan. Demikianlah 23 buah cerpen yang terhimpun dalam kumpulan cerpen ini; pengalaman kecil pengarang menjadi besar dan rencam melalui kearifannya bercerita dalam kebersahajaannya selain keupayaannya menerapkan pelbagai teknik penulisan. Pelbagai isu ditampilkan dalam kumpulan cerpen ini, daripada hal seputar diri ketua negara, sang politikus, pemburu kuasa, pemburu nafsu, pasangan kekasih, pencinta budaya, manusia berprinsip, seniman, tukang keranda malah sampai kepada haiwan. Melalui mereka, dihidangkan kepada pembaca persoalan-persoalan yang berkaitan dengan cinta dan kasih sayang, keinsafan dan kesedaran, kejujuran dan kesetiaan, amanah dan tanggungjawab, kepemimpinan dan ketaatan, kekeluargaan dan kenegaraan, dan lain-lain sebagainya. Menelusuri cerpen-cerpen dalam kumpulan ini, walaupun latar masanya tergambar beberapa lama sebelum tempoh terkini, ceritanya tetap relevan dan malar segar. Semuanya sesuai dijadikan pedoman dan pengajaran - yang baik sebagai teladan, yang buruk sebagai tapal batas kehidupan.