Buku

Hanya Batu Nisan

Penulis: Mad Sakiran Sulaiman

ISBN: 9789674301255

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Manuskrip ini mengandungi 17 buah cerpen yang keseluruhannya bertolak daripada kisah masyarakat sekeliling. Kumpulan cerpen ini memaparkan cerita yang menarik dengan kekuatan latar penceritaan, plot dan kelancaran gaya bahasa yang dikuasai sepenuhnya oleh pengarang. Cerpen-cerpen yang diketengahkan dapat memberikan maklumat tentang keunikan etnik dan ilmu bantu terhadap pemikiran tradisi dan gagasan liberalisme. Cerpen Hanya Batu Nisan mengisahkan tentang kematian Ida anak kepada Seha dalam keadaan yang amat istimewa. Ida bagaikan memberikan tanda-tanda dirinya akan meninggal dunia setelah lama menderita sakit yang membuatkan dirinya terlantar di atas katil di rumahnya. Ida meninggalkan seorang anak berusia enam tahun yang belum mengenal erti kehidupan. Anak kecil itu meminta neneknya memakaikan baju untuk arwah ibunya apabila melihat batu nisan di kuburan arwah ibunya.