Buku

Gila Tak Gila

Penulis: Osman Ayob

ISBN: 9789674605476

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Kumpulan Cerpen: Gila Tak Gila mengandungi 11 buah cerpen kisah kehidupan yang diilhamkan penulis daripada pengamatannya yang mendalam terhadap apa-apa yang berlaku di dalam dan juga luar negara. Kumpulan cerpen ini memperlihatkan kepekaan Osman Ayob terhadap apa-apa yang berlaku di sekitarnya. Peristiwa yang berlaku berbekas di mindanya dan melalui beberapa tahap pemeraman ia diolah menjadi cerpen yang lengkap dengan pemikiran dan mesej untuk disampaikan kepada pembaca. Cerpen “Gila Tak Gila” menggarap persoalan orang tua; Tuk Non dengan kegilaannya menyindir tingkah laku manusia yang ditemuinya di mana-mana sahaja. Sambil meminta sedekah, Tuk Non mengambil peluang dengan fiil kurang siumannya mengkritik perilaku manusia, terutama dalam kalangan wanita yang baginya terdedah kepada kemodenan songsang dengan cara berpakaian yang mencolok mata.