Buku

Fragmen Senja

Penulis: Ibnu Din Assingkiri

ISBN: 9789674307073

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Fragmen Senja memuatkan 20 buah kisah yang digarap oleh penulis melalui rakaman jejak pengalaman, pemerhatian dan persepsi beliau tentang kehidupan manusia. Terdapat pelbagai tema dan persoalan yang diterapkan oleh penulis lewat cerpen-cerpennya. Dengan menggunakan gaya bahasa yang mudah tetapi tidak mengabaikan aspek estetika, ceritanya telah disampaikan dengan begitu lancar dan mudah untuk dihadam oleh para pembacanya. Gaya naratifnya sangat sesuai untuk semua peringkat pembaca sama ada untuk kelompok remaja ataupun kepada kelompok dewasa. Penulis bukan menulis kisah-kisah tersebut sekadar untuk mengasah bakat dan kreativitinya semata-mata, tetapi berharap agar kisah-kisah tersebut boleh dijadikan pedoman dan iktibar.

Walaupun merupakan kumpulan cerpen sulung penulis yang diterbitkan, namun bukanlah bermakna kumpulan cerpen ini bersifat “muda” dan “mentah”. Cerpen-cerpennya yang sarat dengan nilai susastera menjadikan kumpulan cerpen ini harus dimiliki dan dibaca oleh khalayak sastera tanah air.