Buku

Di Dalam Mulutnya Ada Kota

Penulis: Roslan Jomel

ISBN: 9789674305390

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Seorang tokoh masyarakat yang cukup dihormati menanggung penderitaan kerana memiliki bisul di bahagian yang kurang menyelesakan. Namun hidup secara halusinasi selepas kematiannya. Dia merahsiakan penyakit yang menjengkelkan itu daripada pengetahuan umum. Dia disanjung oleh sesiapa pun termasuk kanak-kanak.

Seorang bayi dilahirkan dengan saiz kecil dan hanya memakan sup dari sayur kubis setiap hari dan terpaksa dikurung di dalam bilik untuk mengelak diketahui oleh orang ramai. Tiada sesiapa menjangka bahawa dia memiliki jodoh seorang wanita berkerjaya. Pada suatu hari, dia ditemui oleh wanita tua yang kebetulan mengutip sisa-sisa sayur kubis untuk dijadikan hidangan mereka.

Percintaan seorang lelaki dengan wanita yang disumpah menjadi buah rambutan hingga menyebabkan kehidupan sunyinya semakin bertambah menyeksakan. Dia tidak berupaya untuk mengelak diri. Apalah ertinya percintaan tanpa pengorbanan? Pengawal keselamatan itu terus hidup dalam dilema.

Di dalam mulut seorang lelaki misteri, wujud sebuah kota canggih yang terbina di atas lidah yang bercabang dua dan berwarna ungu. Bahkan dia sendiri tidak menyedari keistimewaan pada dirinya. Lelaki misteri ini menjadi tarikan umum dan media. Ini semua karut, katanya.

Dan seterusnya kisah-kisah harian masyarakat, orang-orang biasa dan luar biasa, kecil dan bertelinga besar sehingga menutup sinaran matahari, dihimpunkan di dalam buku ini. Jika anda berasa seronok dan bijak setelah membacanya, ia adalah sumbangan paling bererti buat penulisnya.