Buku

Di Bawah Langit Copenhagen

Penulis: Salina Ibrahim

ISBN: 9789674303051

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

“Di Bawah Langit Copenhagen” tersenarai antara 10 cerpen yang layak menerima hadiah daripada 600 buah cerpen secara eceran yang dipertimbangkan bagi HSPM tahun 2004/2005. “Di Bawah Langit Copenhagen” menggambarkan potret/psyche dua orang wanita yang menarik dan dihuraikan secara terperinci dan sensitif sekali. Potret pertama berkisar tentang sejarah hitam wanita yang gila meroyan sehingga sanggup meninggalkan bayinya. Akibatnya dia pula ditinggalkan suami tetapi akhirnya berjaya mengatasi masalah peribadinya. Potret kedua ialah watak wanita (narator cerpen) yang berjaya mengimbangi tuntutan kerjaya dan keluarga. Cerpen ini mengangkat citra wanita moden, terpelajar tetapi tabah menghadapi permasalahan hidup. Wanita moden dalam “Di Bawah Langit Copenhagen” mengatasi masalah keruntuhan rumah tangga dengan ketabahan….