Buku

Dalam Dakapan New York

Penulis: Hafizah Iszahanid

ISBN: 9789670869230

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

“Seni bukan untuk ruang yang penuh duka, pertempuran, dan darah. Seni adalah makanan mewah yang dinikmati waktu santai walau dicanai sang pengkarya yang penuh beban dalam dada.”

-Abbas-

“Menghimpunkan sekumpulan cerpen dalam sebuah antologi bermaksud menghimpunkan sejumlah pemikiran. Untuk saya, ia bukan hanya pengumpulan pemikiran, tetapi sebuah testimoni perjalanan sebagai pengarang kreatif. Menulis sejak usia 16 tahun, pernah berhenti menulis selama 10 tahun sebelum kembali giat menulis selepas kehidupan stabil. Himpunan cerpen setakat hari ini adalah yang terbaik yang saya fikirkan. Isu yang dibawa dekat dengan diri, merentas dunia perubatan dan seni, tetapi lantai perjuangannya masih sama - perjuangan jati diri sebagai Islam. Saya masih belajar dan akan terus belajar. Moga-moga pada masa akan datang kita akan bertemu dalam antologi cerpen yang lebih baik lagi, insya-Allah.”

-Hafizah Iszahanid-