Buku

Cerita Kota Kami

Penulis: Jasni Matlani

ISBN: 9789674300135

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Sebuah kota boleh menyimpan ribuan cerita di dalamnya, seperti sebuah kumpulan cerpen yang boleh merakamkan pelbagai kisah dalam setiap barisnya. Sebahagian cerpen dalam buku ini mengungkapkan semula kisah yang mungkin sudah dilupai di kota kecil daerah Beaufort. Namun, kota yang terlerak di tanah rendah dan dipisahkan sebatang sungai besar selalu sahaja menyimpan peristiwa yang berlaku dan menunggu seseorang menceritakan kisahnya. Apakah yang boleh diceritakan oleh sebuah kota? Lapisan demi lapisan halus yang membalur kota itu diceritakan dalam langgam bahasa yang bersahaja tetapi jauh mengungkapkan kisah kota dan manusianya. Kisah sederhana yang boleh sahaja menjadi luar biasa.