Buku

Cahaya Pelita Nurani

Penulis: Nazri Hussein

ISBN: 9789670869490

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Sebuah pelita di rumah kehidupan melimpahkan cahaya untuk menerangi ruang kegelapan dan kesuraman. Tubuh dan susuk jasad indera di gubuk kehidupan memerlukan bening nur kebenaran untuk menyuluh lorong-lorong kehidupan. Usah sesekali dibiarkan jari-jemari hati meraba tanpa suluh panduan dan terang pedoman. Insan yang istiqamah tidak akan membiarkan sumbu diri terpadam dalam gelap-gelemat kejahilan yang terkatup. Maka, cari dan galilah kemilau cahaya pelita buat menerangi nurani sebelum dijemput kembali ke negeri jauh Ilahi.

Kehidupan ialah antologi perjalanan yang di dalamnya terakam seribu kisah dan cerita. Suka dan duka serta pahit dan manis menjadi naskhah terindah yang terlukis dan tertulis di atas lembaran aksara insani. Hayatilah nilai falsafah dalam kisah yang diungkapkan dengan luhur kejujuran yang merakamkan lukisan peristiwa yang diwarnai oleh hitam dan putih kehidupan lewat 12 buah cerpen yang teradun dalam Cahaya Pelita Nurani ini. Semoga dapat memberikan manfaat kepada orang-orang yang rajin berfikir.