Buku

Buntal Pisang

Penulis: Nur Ilyani Alias

ISBN: 9789670892535

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan Cerpen: Buntal Pisang ini ditukangi dengan penuh hemah dan halus oleh penulisnya. Naskhah ini benar-benar memancing perasaan dengan kehadiran kisah-kisah yang gigih – jiwa dan cinta – sayang yang berlangsir rindu dalam daerah kini. Menekuni Buntal Pisang persis menghadirkan mimpi-mimpi murni dalam diri khalayak pembaca, biarpun terselit pelbagai rencam kehidupan – gelodak sandiwara, kisah suka duka, garam gula kehidupan – daripada kelompok generasi dan latar yang berbeza.

Kisah “Badut”, misalnya, menzahirkan rasa hati seorang isteri pelawak badut – yang tersirat dalam kisah ini perlu direnungkan serta ditaakulkan secara rasional.

Ada juga kisah yang menimbulkan pelbagai persoalan seperti yang diilhamkan melalui watak Shekar dalam cerpen “Di Persimpangan Jalan”. Kisah ini bukan sahaja memerlukan empati terhadap watak-watak yang diketengahkan, tetapi juga memerlukan kewajaran keputusan yang harus diambil seandainya kita berada dalam situasi yang sama seperti Shekar.

Dan … kisah-kisah dalam cerpen-cerpen yang lain pasti lebih daripada itu….