Buku

Bila Ayah Berkaca Mata Hitam

Penulis: Mohd Helmi Ahmad

ISBN: 9789674602499

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Apabila Ayah Berkaca Mata Hitam, satu kampung kecoh dan mengatakan ayah buang tabiat. Apabila ayah berkaca mata hitam, ada ura-ura mengatakan ayah ingin berkahwin lagi. Apabila ayah berkaca mata hitam, ayah memakainya sehingga malam. Mana tidak kecohnya, hati anak-anak menjadi runsing kerana laku ayah. Lama-lama menimbulkan rasa benci. Mengapa ayah ingin berkaca mata hitam 24 jam pula sekarang? Ayah berkaca mata hitam tetapi butang baju pun tidak dikancing teratur. Adakah ayah bercita-cita untuk kembali muda? Ah, perangai ayah boleh bikin ribut dan menimbulkan kemarahan anak-anak sahaja!

####
Mohd Helmi Ahmad, pengarang muda berbakat dalam menuliskan dunia kampung dan watak ayahnya, terasa dekat dan hidup. Lapan belas buah cerpen dalam kumpulan cerpen ini menawarkan cerita yang bervariasi tentang keluarga, cabaran guru dan dunia pencinta buku.