Buku

Aura Haji Mahar

Penulis: Abd. Razak Rezeki Othman

ISBN: 9789670869643

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Membaca Kumpulan Cerpen: Aura Haji Mahar membawa kita berada di dalam cerita-cerita tersebut. Hal ini kerana dengan garapan bahasa mudah serta langgam naratif gaya konvensional, cerpen-cerpen yang terkandung dalam Aura Haji Mahar membuatkan kita terasa, berasa dan merasakan seakan-akan situasi dan kejadian yang dipaparkan begitu dekat dengan diri kita. Walaupuan golongan yang disasarkan penulis lebih tertumpu pada kalangan remaja, namun sebahagian kisahnya juga turut menjentik naluri dan pemikiran dewasa.

Kebijaksanaan penulis menghasilkan karya yang menyuntik minda dan keinginan membaca golongan remaja serta dalam masa yang sama menekankan unsur didaktik dalam setiap cerpen, mampu memecahkan tembok dominan aplikasi maya dan gajet yang mempengaruhi minda remaja dewasa ini.