Buku

30 Hari Lagi

Penulis: Mk. Riza

ISBN: 9789670869346

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Nasihat tidak perlu yang muluk-muluk; yang besar-besar hingga sulit diterima dan dicernakan. Menyindir dan mengkritik tidak harus melulu, tetapi harus dengan bahasa tinta yang tidak mendera apatah lagi mencederakan jiwa. Ceritera kecil daripada orang biasa kadang-kadang lebih hebat dan melekat dijiwa andai dibaca dan difikirkan dengan waras akal yang ada.

Kumpulan cerpen ini terilham daripada pemerhatian tentang perkara seputar hidup kita; daripada hal kecil hinggalah kepada hal besar. Cuma selamilah maknanya dan cerakinkanlah teladannya.

Semua kejadian yang ditakdirkan Tuhan ceritera yang ada makna; bukan sia-sia.