Buku

Yang Dinamakan Guru

Penulis: Mohd. Hashim Osman

ISBN: 9789674600181

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Enam puluh buah anekdot yang terungkap melalui Yang Dinamakan Guru ialah sekumpulan pengalaman dunia perguruan yang menjadi sebahagian daripada perjalanan kerjaya yang telah dilalui sendiri oleh penulis selama lebih suku abad. Selain mengetengahkan pengalaman sendiri, pengalaman rakan-rakan pendidik juga turut dikutip sebagai perkongsian yang bermakna buat profesion perguruan.

Melayani karenah kanak-kanak atau golongan remaja yang pelbagai, berhadapan dengan ibu bapa, menangani masyarakat yang bermacam-macam ragam, selain memikul tanggungjawab sebagai penjawat awam di institusi pendidikan rendah dan menengah telah menghadiahkan rona-rona kehidupan yang sangat mahal untuk dibingkaikan dalam sebuah catatan memori. Gembira, marah, lucu, kecewa dan sedih merupakan wajah-wajah perjalanan hidup yang pasti dilalui oleh setiap insan yang bergelar guru.

Buku ini bukan sekadar menghidangkan catatan-catatan memori manis untuk dikenang oleh penulisnya, malah ia juga turut menyingkap tabir warna-warni insan yang bergelar “guru”.