Buku

Ku Tulis Cinta dengan Dakwat Hujan

Penulis: Mamu MK Hasny

ISBN: 9789674605780

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Shopee Lazada

“Ajarlah daku sahabat

hidup di lautan duga ini

bagaimana?”

Kumpulan Puisi Kutulis Cinta dengan Dakwat Hujan menghimpunkan 88 puisi Mamu MK Hasny yang terilham daripada pengamatan dan penelitian penyajak terhadap persekitarannya. Atas sifat kepekaan yang tinggi sebagai seorang pengkarya, Mamu MK Hasny telah memanfaatkan sepenuhnya pencarian dalam hidup lalu dituangkan ke dalam puisi ciptaannya. Karyanya bukan sahaja terilham melalui percikan idea hasil pengamatan dan penyeluruhan peristiwa di sekelilingnya, malah sesetengahnya kelihatan cuba menyelami yang tidak terpandang oleh mata.