Buku

Kreativiti 3 Genre: Kepengarangan 12 Penulis

Penulis: Mawar Safei

ISBN: 9789674303396

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum

Beli Dalam Talian:

Bookcafe

Buku ini menghimpunkan karya pilihan 12 orang penulis yang kebanyakannya generasi 1990-an, iaitu Aminah Mokhtar, Faisal Tehrani, Kamariah Kamarudin, Mawar Safei, Nisah Haji Haron, Rahimidin Zahari, S.M. Zakir, Salina Ibrahim, Samsiah Mohd Nor, Shamsudin Othman, Siti Jasmina Ibrahim, dan Zaid Akhtar. Tiga genre yang dimaksudkan ialah prosa (gabungan cerpen dan novel), puisi, dan drama.

Setiap penulis mengemukakan karya masing-masing dengan latar pembikinannya. Karya itu mungkin sahaja daripada sumur pengalaman, catatan kembara, hasil pembacaan, atau sahaja imaginasi yang selalu bergentayangan. Karya ini diharapkan dapat menyuakan ilham, dukungan semangat, atau sisipan panduan untuk khalayak yang ingin memulakan langkah dalam kembara di negeri penulisan yang luar biasa ini.