ISBN: 9789674601850
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Pendidikan, Kreatif
Hayati semangat Indonesia – sebuah negara berwarna-warni yang terletak di antara Lautan Hindi dengan Lautan Pasifik – dengan menghasilkan resipi dan kraf negara ini yang mudah. Ketahui tentang haiwan, tumbuhan, dan perayaan unik di Indonesia semasa anda memasak dan menghasilkan kraf negara tersebut. Pelajari banyak cara yang digunakan oleh masyarakat Indonesia untuk menyediakan nasi, dan ketahui cara untuk menghasilkan “makanan segera” kegemaran mereka.
Bentukkan seekor biawak komodo berbisa, sejenis reptilia yang mampu berlari lebih laju daripada penunggang basikal biasa. Hasilkan rain stick dan bunga kertas untuk meraikan hutan hujan. Buat pertunjukan boneka bayang untuk dipersembahkan kepada keluarga dan rakan anda dengan menggunakan boneka Raja Ramayana yang jahat, kemudian mainkan muzik menggunakan alatan muzik yang anda hasilkan daripada barangan rumah yang biasa. Artisan Indonesia menenun fabrik dengan corak yang sungguh teliti sehingga mengambil masa berbulan-bulan, kadangkala bertahun-tahun lamanya, untuk disiapkan. Kini anda turut boleh mencuba untuk menenun. Anda juga boleh mencelup kemeja-T menggunakan kaedah seni batik purba.
Dengan menggunakan beberapa peralatan seni, sebungkus besar beras, dan sedikit rasa ingin tahu, anda boleh mengadakan selamatan (jamuan) Indonesia anda sendiri!