ISBN: 9789674601843
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Pendidikan, Kreatif
India yang turut disebut sebagai Bharat dan Hindustan, telah lama menceriakan suasana dengan pusaran warna, bunyi, haruman dan teksturnya yang rancak. Kini, anda boleh mengadakan parti ala India anda sendiri dengan sepuluh resipi yang menyelerakan dari seluruh pelosok India. Ikuti arahan yang mudah untuk membuat papadum dan dhokla, sejenis pembuka selera seperti span yang ditabur dengan cili; karhai ayam; serta nasi berempah dan kacang pis. Daripada snek dan pembuka selera kepada hidangan utama, pencuci mulut dan minuman, tetamu anda akan menikmati setiap gigitan penuh rasa yang akan membuatkan mereka mahukan lebih banyak lagi.
Ceriakan parti anda dengan sepuluh kraf berwarna-warni yang pastinya akan membawa tradisi dan fesyen India ke bilik darjah atau rumah anda. Hiaskan lantai anda dengan Rangoli, lukis beberapa corak inai dan hasilkan kalungan bunga untuk dipakai oleh setiap orang. Melaluinya, anda akan mempelajari fakta menarik tentang perayaan, masyarakat, dan kehidupan seharian di India. Terokailah dunia lain dan pelajari tentang khazanah India!