ISBN: 9789674601874
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Pendidikan, Kreatif
Selamat datang ke Afrika Selatan, Negara Pelangi, negara yang sarat dengan pelbagai sejarah yang huru-hara tetapi masa depan yang cerah. Anda boleh menerokai kisah negara ini melalui siri kraf yang berwarna-warni dan resipi yang lazat. Bagi menghayati sejarah awal negara ini dengan sepintas lalu, warnai seni lukisan batu kuno versi anda sendiri dan rasai bijirin tempatan yang dinamakan sekoi. Kemudian, lawati era penjajahan, apabila hamba yang dibawa oleh penjelajah Eropah mencipta masakan Melayu Cape yang unik, dan memulakan tradisi Hari Tahun Baharu yang beraneka warna, yang dikenal sebagai Pesta Cape Minstrel. Hayati tempoh pelaksanaan dasar aparteid yang memeritkan – pengasingan kaum yang kejam – dan rasai pengalaman memakan makanan jalanan yang dicipta kerana orang kulit hitam tidak dibenarkan untuk duduk bersebelahan dengan orang kulit putih di dalam restoran. Akhir sekali, kembalilah semula ke Afrika Selatan pada masa ini dan tiup vuvuzela – sejenis hon atau trompet panjang dan berbunyi bising yang digunakan untuk bersorak – sambil mempelajari tentang peralihan Afrika Selatan ke arah kesamarataan dan demokrasi.