Buku

Kias Tersirat: Perantauan Bertemu Melayu & Islam di Dunia Melayu Benua

Penulis: Herman Abdullah

ISBN: 9789674402723

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 85.00 / 90.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Falsafah, Sejarah

Beli Dalam Talian:

Bookcafe

Orang Melayu tidak perlu lagi duduk termenung dalam dilema yang tidak sudah-sudah. Orang Melayu tidak perlu lagi berasa kecil telah dikecilkan oleh sejaran hasil tipu muslihat penjajah, maka yang paling utama ialah sempadan sejarah dan ilusi yang menyempitkan minda melayu itulah yang perlu ditiadakan dahulu! Fotojurnal ini memaparkan bukti-bukti empirikal tentang kewujudan bangsa Melayu di benua Melayu yang pernah meneroka benua tanpa mengenal erti sempadan daratan mahupun lautan. Umpama terowong masa, ada ketika, dengan sabar dan tabah, Konvoi Pasukan Jejak Warisan Jawi bersama-sama penulis membawa para pembaca kembali ke zaman silam; menjejaki realiti kisah percintaan, peperangan, keberanian, kesetiakawanan, kezuhudan, kedayatahanan yang disulam pula dengan penemuan bukti-bukti tentang keindahan peradaban dan ketamadunan tinggi sebuah bangsa pada 1437 tahun dahulu secara bijaksana telah berhijrah menjadikan Islam sebagai pegangan dan pedoman untuk mengharungi pahit manis kehidupan; pusaka ilmu paling berharga yang ditinggalkan untuk anak cucu hari ini. Fotojurnal ini adalah sebuah refleksi yang sangat bermanfaat lagi berguna untuk seluruh umat Melayu si alam Melayu yang masih tercari-cari seluas mana wilayah benua Melayu itu? Sebuah karya yang secara tegas memadamkan fanstasi sejarah yang sempit, sempadan yang menyekat dan membelenggu minda Melayu selama ini. Sesungguhnya, naskhah ini seharusnya diwarisi oleh generasi kini dan akan datang, sebagai azimat penguat jati diri, mudah-mudahan warisan itu kelak tidak hilang daripada genggaman. Jika pada sekeping lukisan terkandung padanya seribu perkataan, maka pada setiap kiasan terwakil padanya seribu makna yang tersirat. (Herman Abdullah)