Buku

Ketawalah, Tanahairku: Sajak-Sajak Resistencia

Penulis: Raja Ahmad Aminullah

ISBN: 9789674605827

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

“raja ahmad aminullah selalu berdiri di depan dunia, di depan kenyataan dan di persoalannya. Beliau tidak mengelaknya, meromantiskannya atau memburukkannya. Dunia datang menyerang penyair, sebagai penyair beliau menerima semuanya.

Persoalannya, bentuknya yang berbagai-bagai dan kompleks dikutip dan dikupas dan dijadikan dunia temanya. Dan politik menduduki tempat tertinggi di dunia yang dikuasi politik secara sederhana atau merosak.”

Muhammad Haji Salleh, Sasterawan Negara

“Kata-kata menjadi perisai sekali gus sebagai senjata untuk raja ahmad aminullah untuk terus bersuara. Sebagai penyair, beliau ialah pewaris zaman untuk diperbaharui dan dipugarkan semangatnya.

Semangat inilah disebut sebagai zeitgeist atau semangat zaman dengan obor kenyataan dan akaliah dari perspektif seniman yang banyak dicorakkan oleh pengalaman dan tragedi intelektual disekitarnya.

Beliau percaya dengan kata-kata. Namun, hanya kata-kata yang benar untuk menegakkan kebenaran.”

Awang Azwan Awang Pawi