ISBN: 9789830685281
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 54.00 / 59.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Umum, Bisnes & Pengurusan
Perubahan ketara telah berlaku dalam bidang utama kerjasama ekonomi ASEAN. Dalam perdagangan, AFTA menggantikan PTA, dalam industri, AICO menggantikan AIC dan AIJV, manakala dalam pertanian pula, Skim Simpanan Keselamatan Makanan telah dibangunkan. Pada masa yang sama, bidang baru kerjasama ekonomi telah diberi mandat terutamanya dalam bidang perkhidmatan dan harta intelektual.
Buku ini membolehkan pembaca mengetahui perkembangan ASEAN yang lebih berwawasan dengan pemahaman yang lebih jelas. Buku ini juga membolehkan pembuat dasar melihat perspektif yang lebih jelas tentang isu berkaitan kerjasama ekonomi serantau dan membantu bagi menggariskan hala tuju masa depan.