Buku

Kekasih Hujan

Penulis: Teratai Abadi

ISBN: 9789670892122

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Kumpulan Puisi: Kekasih Hujan ini merupakan himpunan puisi nukilan pensyair wanita Teratai Abadi yang mencipta nama di dunia maya sebelum terjun dalam dunia perpuisian perdana. Puisi-puisinya memberikan imej dan warna kewanitaan yang khusus dan tersendiri, penuh dengan metafora dan perlambangan yang berseni.

Teratai lewat puisinya menggarapkan rasa daripada liang-liang jiwa, mengapungkannya ke udara, dan menerbitkan kata-kata yang basah – dari bibir hati seorang wanita. Dalam puisi-puisi yang tidak berselindung ini, Teratai Abadi mengalirkan rasa jiwanya, keakuan dirinya, dan keakurannya – yang senantiasa teguh dan percaya kepada Tuhan. Maka puisi-puisi dalam kumpulan ini menerbitkan kejernihan daripada seorang wanita yang percaya akan diri dalam mengungkapkan cintanya dengan barisan doa berjemari puisi.

– S.M. Zakir, Penerima SEA Write Award 2011