Buku

Kami Regu Malaysia!

Penulis: Zurhan Bakar

ISBN: 9789674608514

Tahun Terbit: 2020

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel Kanak-kanak

Beli Dalam Talian:

Kami Regu Malaysia! merupakan sebuah novel kanak-kanak yang dapat memupuk minat kanak-kanak terhadap sukan terutamanya sukan sepak takraw. Kandungan buku ini begitu sarat dengan nilai murni seperti nilai persahabatan, kekeluargaan, tanggungjawab, semangat kesukanan, kesungguhan, dan sikap tidak berputus asa. Kami Regu Malaysia! didukungi oleh tiga orang sahabat yang terpaksa menempuh suka, duka, dan cabaran dalam memastikan impian mereka untuk mewakili sekolah dalam sukan sepak takraw menjadi kenyataan. Mampukah bakat-bakat muda ini melibas gumpalan kertas menjadi bola sepak takraw? Mampukah mereka menggalas harapan keluarga, guru-guru, dan rakan-rakan untuk mencipta kejayaan pada peringkat yang lebih tinggi? Kami Regu Malaysia! sebuah kisah yang wajar dijadikan teladan. Selamat membaca!