Buku

Kalaulah Cermin Sisi Bersuara

Penulis: Anjan Ahzana

ISBN: 9789674303297

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Semua rakyat Malaysia berhak dan ada keperluan menulis puisi. Penulis pernah hadir di celahnya bingit kota, kesuraman falt dan jerit pekik hon atau tren berlepas. Penulis ingin meluahkan kritikan dan pandangan tersendiri terhadap fenomena alam, ragam dan gelagat manusia dari pelbagai latar dan posisi. Pengakuan batin penulis mungkin serupa dengan isi hati sekalian rakyat. Cuma yang membezakan, ia ditakdirkan untuk dibukukan.

Melalui sajak dicipta dan kehadiran buku kecil ini; adakah mampu mengubah, dan membentuk cara berfikir para pembaca?

Kalian perlu membacanya! Sekurang-kurangnya mendorong anda menulis puisi untuk diri sendiri pada waktu sunyi, bersedih atau menyimpan nostalgia peribadi dan meludah kebencian secara berseni.