Buku

Kalau Aku Jadi PM

Penulis: Khalid Salleh

ISBN: 9789674305147

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Kalau aku jadi PM

tak akan siapa pun mempedulikan aku
kerana aku adalah si Pemikir Masa yang selamanya
menyukat dan membaca tanda-tanda di segenap pintu kehadiran yang bertandang menitipkan salam
tentang erti kehidupan dan kematian
di sempadan makna ada dan tiada
olehnya ratusan ribu juta manusia tersesat ke pintu jahanam
apabila tidak mengenali dirinya sebenarnya tidak ada
lalu diadakan untuk menyatakan siapa yang sebenarnya ada di sebalik keberadaan…
akulah PM-Pemikir Masa yang sebutannya:
wal ‘asri, inal insana lafil husri, ilalazi na amanu waamilu
salihati wata wa saubil hawk, wata wa saubil sabri.. demi masa sesungguhnya
manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman
dan mengerjakan amal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran
dan nasihat supaya menetapi kesabaran..