ISBN: 9789830685694
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Sastera, Sastera Dunia (Bahasa Melayu)
Juara Rakyat merupakan sebuah novel satira dalam usaha membentuk sebuah negara pascapenjajahan di Nigeria. Novel ini mengisahkan Odili Samalu, seorang guru yang terlibat dalam kancah politik dan bersengketa dengan Tok Ketua Nanga, bekas gurunya yang telah menjadi anggota kabinet dan menyalahgunakan kuasa. Odili mewakili generasi muda yang berfikiran terbuka seiring dengan arus kemerdekaan, sementara Tok Ketua Nanga pula mewakili generasi lama yang masih berpegang kuat pada adat resam tradisional Nigeria. Kisah ini berakhir dengan rampasan kuasa pihak tentera, sama seperti yang pernah dialami oleh negara tersebut.