Buku

Jom Langkawi: Sebuah Panduan Kembara

Penulis: Zinitulniza Abdul Kadir

ISBN: 9789674600938

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Travelog

Beli Dalam Talian:

Lazada

Pernahkah anda ke Langkawi, sebuah pulau kecil bebas cukai di Kedah, Malaysia, yang terletak di utara Selat Melaka dan selatan Laut Andaman, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand? Jika belum, buku ini akan membuat anda segera teruja untuk bergegas ke sana. Mengapa? Kerana Langkawi ada segalanya untuk nostalgia menakjubkan. Ia diiktiraf UNESCO taman geo tunggal Asia Tenggara; memiliki hutan berusia jutaan tahun yang masih dihuni spesis tumbuhan purba; mempunyai taman buaya dan muzium tiga dimensi antara terbesar di dunia; laut biru dan deretan pantai bersih berpasir putih; kemudahan golf antara terbaik Asia; jambatan gantung melengkung terpanjang dunia, dan kereta kabel berlaluan terpanjang serta tercuram dunia! Tidak cukup? Perairan Langkawi dihuni ratusan spesis ikan dan hidupan marin unik, termasuk Manta Ray, ikan pari terbesar dunia yang jarang ditemui di lokasi lain seluruh dunia. Jadi apa lagi ditunggu? Jom baca buku ini dan Jom Langkawi. Pilih tarikh percutian, dan jangan terlepas menerokai misi kembara terhebat!