Buku

Jangan Menangis, Sakinah

Penulis: Sharifah Umamah Al-Edrus

ISBN: 9789670869049

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada

Menjalani hidup sebagai remaja yang kurang upaya menjadikan Sakinah belajar tentang banyak perkara walaupun kekecewaan dan kesedihan sering menggulati dirinya. Ditambah lagi dengan kehilangan bapa buat selama-lamanya, Sakinah diajar menerima takdir dan cekal dari sudut fizikal dan mental.

Dugaan demi dugaan yang dihadapinya di rumah dan di sekolah, menguji ketabahan hatinya. Namun, semua itu dihadapi dengan semangat kental apatah lagi ketika mengingati pesan dan amanah arwah bapanya semula serta melihat kebaikan dan keikhlasan insan-insan di sekililingnya yang menginginkan dia terus bangkit melawan kesedihan.

Air mata tidak mampu mengubah nasib seseorang hamba-Nya. Sakinah belajar untuk tidak menangis dan terus bangkit menelusuri kehidupannya yang masih panjang.