Buku

Jalan Lain Ke Lazuardi

Penulis: Badariah Arbin

ISBN: 9789830689746

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

Dalam novel ini ada tercium emansipasi wanita; tentang wanita yang gigih meleraikan belenggu tradisi yang membatasi kemajuan; tentang hak wanita untuk bersuara dan memimpin; hak wanita untuk berpendapat sama seperti lelaki; hak wanita untuk menjabat setaraf lelaki. Tetapi sesuatu yang dilihat seperti menongkah resam, akan ada sahaja onak yang menikam kiri dan kanan. Lantas, ini menimbulkan pula konflik antara dua kelompok yang berbeza pendapat dan berbeza pandangan.

Penulis bijak menyusun ceritanya. Walaupun emansipasi wanita menjadi landasnya untuk bercerita, namun hakikat fitrah wanita yang tentunya berbeza baik secara fizik mahupun non fizik dengan lelaki digarapnya dengan penuh rapi. Hakikat tentang lelaki dan wanita yang saling melengkapi.

Berlatarbelakangkan Negeri di Bawah Bayu, novel ini juga sarat dengan citraan khazanah sosiobudaya penduduknya. Ia sangat jarang disentuh oleh kebanyakan penulis. Lewat novel ini, khazanah tersebut diselongkar, walaupun bukan kesemuanya, tapi cukup buat permulaan.

Jika ingin berkenalan dengan Negeri di Bawah Bayu, novel ini boleh dijadikan garis mulanya.