Buku

Jajahan Bonda

Penulis: Md Nizar Parman

ISBN: 9789674301590

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

Jajahan Bonda bukan desa yang dijajah, tetapi desa yang gagah. Jajahan Bonda dibangunkan dengan usaha dan keringat, dengan kerjasama dan semangat. Jajahan Bonda diwarnai oleh kehidupan penghuninya yang pelbagai matlamat, yang walaupun diselirati aral dan musibah, mereka senantiasa tabah dan kuat. Jajahan Bonda wajar diangkat menjadi contoh dan idola rakyat di perdesaan yang mengejar pembangunan dengan cara paling wajar, bukan dengan cara kurang ajar.

Menghayati alur cerita dalam novel ini, dapat menyedarkan generasi kini tentang perlunya mereka menyebatikan sikap bersatu padu, bertanggungjawab, bekerjasama, dan saling membantu dalam diri masing-masing selain menghendaki mereka meletakkan sikap berkasih sayang, bertoleransi, gigih, sabar, tabah, berani, dan sebagainya di tempat yang selayaknya. Pengarang benar-benar teliti mengadun jalan ceritanya, kejutan di akhir cerita berupaya menyebakkan perasaan.