Buku

Insan Mulia

Penulis: Yong Chwan Fwu

ISBN: 9789674600969

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

Menjadi seorang tunanetra bukannya bermakna kehidupan sentiasa berada dalam kegelitaan tanpa cahaya. Seperti insan yang sempurna pancainderanya, mereka juga mampu menggapai apa-apa yang dicitakan. Begitulah tema yang ingin diangkat melalui Insan Mulia ini. Ia mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi oleh Guru Pendidikan Khas yang mengajar di Sekolah Pendidikan Khas atau Sekolah Integrasi Pendidikan Khas.

Menjadi pendidik di Sekolah Pendidikan Khas tentunya berhadapan dengan cabaran yang berbeda dengan pendidik yang mengajar di sekolah aliran perdana. Penulis yang juga seorang pendidik tunanetra ingin mengungkapkan pengalaman beliau dalam mengharungi tugas sebagai seorang pendidik. Ia suatu pengalaman menarik yang dialirkan penulis melalui teknik naratif yang mudah difahami dan kemudiannya diolah dengan menggunakan bahasa Melayu yang sangat cantik!

Insan Mulia sebenarnya menyisipkan pesanan yang pendidikan itu adalah amat penting kepada sesiapa sahaja, sama ada kepada yang sempurna pancainderanya ataupun kepada mereka yang kurang bernasib baik. Menjadi seorang yang kurang bernasib baik bukanlah suatu pilihan, tetapi mengatur hidup untuk menjadi lebih sempurna ialah pilihan yang ada kepada semua insan.