Buku

Hujan Hujung Januari

Penulis: Rebecca Ilham

ISBN: 9789674300593

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Lazada

Im, matlamat akhir kita sama iaitu pembebasan daerah saudara seagama sekian lama dijarah rejim asing. Namun pendekatan kita berbeza. Isu Palestin bukan sekadar isu kemanusiaan yang selesai dengan demonstrasi, petisyen dan tunjuk perasaan secara berkala, sebaliknya harus ditangani dengan pemahaman mendalam serta tindakan yang sepadan rasional dan mengesankan.

Im, kau harus ingat, rejim Israel berteraskan ideologi Zionisme itu tidak akan pernah berdiam selagi Israel Raya yang meliputi Tebing Barat, Gaza, Jordan, Sinai, Golan dan Lubnan tidak tertubuh. Maka tidak hairanlah jika perbincangan demi perbincangan damai ditolak apabila Palestin mengenakan syarat agar pembinaan penempatan baru dihentikan. Tentu Israel tidak akan hanya berpuas hati dengan sempadan sedia ada, sejarah merakamkan bahawa kepimpinan yang berkompromi tidak panjang hayatnya – hayat nyawa dan hayat politik kedua-dua.