Buku

Hati Emas

Penulis: Noraini Eslah

ISBN: 9789674305154

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

Remaja yang mempunyai jati diri dan hala tuju ibarat nukleus dan elektron yang mempunyai kekuatan menarik elektron di sekelilingnya. Lebih kuat nukleus tersebut, lebih banyak elektron yang akan tertarik dan mengelilinginya.

Bertitik tolak dari senario ini, novel Hati Emas diilhamkan. Novel ini menampilkan Zahira sebagai pelajar praperubatan yang menerima dugaan dalam hidupnya. Dia disahkan oleh doktor sebagai pembawa virus penyakit Hepatitis B yang boleh menyebarkan penyakit itu kepada orang ramai melalui pemindahan darah. Keadaan ini telah menghalang cita-citanya untuk menjadi doktor, dan tersisih daripada adik-beradiknya.

Namun beliau terus berjuang dan akhirnya muncul sebagai pelajar cemerlang yang berjaya meneruskan pengajiannya ke luar negara. Bukan itu sahaja, Zahira juga mempunyai keistimewaan lain! Apakah keistimewaan itu?