Buku

Gurindam Bingkisan Hati

Penulis: Nazim Mohd Subari

ISBN: 9789674602352

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Gurindam ialah seni berbahasa orang Melayu yang tinggi nilainya. Gurindam memancarkan kesantunan dan kebijaksanaan orang melayu dalam menyampaikan nasihat dan pesanan. Menyulam gurindam memberikan pengalaman yang “menderakan” tetapi “nikmat” kerana minda perlu berfikir tentang sebab dan akibat sesuatu perkara. Walaupun sukar untuk mengikuti lenggok bahasa lama seperti gurindam-gurindam karangan Raja Ali Haji yang tinggi martabatnya, penulis telah mencuba semampunya. Dengan menyelitkan unsur moden atau kontemporari tetapi elemen tradisi sebuah gurindam tidak ditinggalkan dan diabaikan. Kepelbagaian tema yang digarap melalui buku Gurindam Bingkisan Hati ini mampu menjadi wahana pendidikan dan panduan dalam menempuh kehidupan yang dipenuhi cabaran. Berpegang pada kebenaran kata-kata itu, buku ini diharap menjadi sumbangan penulis kepada generasi muda terutamanya, agar menghargai puisi tradisi dan seterusnya memanfaatkannya dalam kehidupan seharian.