Buku

Greekonomi: Krisis Euro dan Bebalnya Ahli Politik

Penulis: Vicky Pryce

ISBN: 9789674307820

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Politik

Beli Dalam Talian:

“Dalam buku penting ini, Vicky Price memberikan perhatiannya kepada krisis masa kini yang melanda Eropah dan mengingatkan kita bahawa keputusan politik yang dibuat tanpa asas ekonomi yang mantap dengan mudahnya akan membawa kepada kehampaan.” - Gus O’Donell

Zon Euro berada dalam krisis. Hutang melambung, bank gagal, kadar pengangguran tinggi - kesatuan bersatu yang menjadi impian Eropah nampaknya sudah berakhir. Semua jari menunding kepada PGIIS yang korup dan tamak; Portugal, Ireland, Itali, Greece dan Sepanyol. Pemerintah yang boros memperalat sistem, membazirkan manfaat dan kini merayu bantuan kewangan dari negara kaya. Namun, adakah perkara ini semudah itu?

Ahli Ekonomi, Vicky Pryce menegaskan bahawa melihat pada kelemahan pembentukannya, Zon Euro sejak awal lagi telah ditakdirkan gagal. Ahli politik mengabaikan pertimbangan akal dan sengaja mewujudkan sistem berdasarkan motif politik, bukannya ekonomi. Mereka gagal menyediakan benteng untuk menangani krisis yang tidak dapat dielakkan dan kurang memberikan penekanan pada struktur pemulihan yang praktikal untuk negara yang memerlukannya. Semua ini adalah resepi untuk bencana dan Eropah kini bagaikan menuai badai itu.

Adakah kini untuk masa Greece keluar? Dengan tertumpu pada Greece - bukan sahaja negara asalnya, tetapi juga dilihat sebagai ancaman utama kepada kelangsungan euro - Pryce mengupas sejarah Zon Euro, punca krisis ini, sambil mengutuk usul penyelesaian rasmi sebagai tidak produktif, mencadangkan jalan keluar daripada kekalutan semasa.

“Saya amat mengalu-alukan buku Vicky Pryce yang mengkaji secara mendalam pemikiran politik dan ekonomi di Eropah, serta masalah serius yang dicetuskan oleh mata wang tunggal terhadap seluruh benua ini.” -Norman Lamont-

“Saya gembira apabila Vicky Pryce menggunakan pengalamannya untuk memberikan perspektif beliau sendiri terhadap krisis Zon Euro. ” -Alistair Darling-