Buku

Gelora Nurani

ISBN: 9789670798363

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Kumpulan puisi ini menampakkan diri pengarang sebagai pencinta satu-satunya Tuhannya dan agamanya, budayanya, bahasa ibundanya lingkungan bangsanya, dan seluruh yang bersifat sejagat. Hal itu terlihat demikian kerana beliau dengan telus dan tulus berbicara lewat sajak-sajaknya tentang agama dan keagamaan, manusia dan kemanusiaan, dunia dan keduniaan, kuasa dan kekuasaan, negara dan kenegaraan, bangsa dan kebangsaan, rantau dan keserantauan, budaya dan kebudayaan, fikiran dan pemikiran dan sebagainya lagi.

Sajak-sajaknya itu apabila ditaakul dan dihayati, akan membenihkan kesedaran dalam kalangan pembaca tentang hal-hal ketuhanan, keagamaan, akidah, akhlak, perjuangan, nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan, kedamaian, siasah, jiwa kebangsaan, kenegaraan, citra keserantauan, kesenian, kezaliman, zionisme, alam sekitar, dan soal diri - yang semuanya sangat berguna kepada pembaca dalam mendepani karenah dan mehnah kehidupan.