Buku

Galau

Penulis: Budiman Mahamood

ISBN: 9789670869858

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Benarkah Tuhan ada? Mengapakah banyak penderitaan dan kesengsaraan jika Tuhan Maha Adil? Mengapakah banyak agama di dunia ini? Mengapakah penganut pelbagai agama saling bermusuhan? Mengapakah Tuhan tidak mengutus para nabi lagi sekarang? Mungkinkah semua agama itu sama benar? Mungkinkah syurga akan dimasuki semua penganut pelbagai agama?

Melalui watak seorang bapa, Pak Ikram, novel ini menampilkan sebuah wacana keagamaan yang menyangkut pelbagai isu semasa yang dikaitkan dengan masyarakat di tanah air. Kebimbangan dan kerisauan Pak Ikram adalah isu-isu yang melingkungi masyarakatnya ditambah lagi dengan kecenderungan anak-anaknya dalam usaha mencari Islam.

Melalui watak-watak yang pelbagai latar belakang pengetahuan, novel ini menyajikan sebuah dialog yang terbuka mengenai mazhab, dunia siasah, generasi baharu yang mudah dipengaruhi fahaman dan gerakan-gerakan tertentu, isu bidaah dan banyak lagi yang dibahaskan berlandaskan keilmuan yang tinggi.