Buku

Emas Paun, Emas Sembilan

Penulis: Webah Salleh

ISBN: 9789674303037

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Koleksi puisi Webah Salleh yang masih berada dalam simpanannya sejak beliau mula menulis puisi pada tahun 1974. Koleksi puisi ini hanya menghimpunkan karyanya sehingga tahun 1988, yang terbahagi kepada dua bahagian, iaitu yang telah disiarkan melalui media cetak (1974-1980) dan yang tidak pernah disiarkan di mana-mana (1981-1988).

50 buah puisi dalam koleksi ini merakamkan perjalanan kehidupan penulis seputar hal yang berkaitan cinta, kasih sayang, kekeluargaan, kritikan sosial, dan sebagainya. Dengan diksi-diksi yang sederhana dan kadangkala sinis, puisi -puisi yang terakam dalam koleksi ini mengungkapkan rasa, emosi, dan pandangan sezaman dengan berkesan, malah menjadi perakam peristiwa yang menarik tentang manusia dan kemanusiaan.