Buku

Dukhan: Langit Akhir Zaman

Penulis: Osman Ayob

ISBN: 9789674300128

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee Bookcafe

Dunia semakin kacau. Sekacau-kacaunya. Di mana-mana sahaja, kacau bilau berlaku. Dari timur ke barat, dari utara ke selatan, dari benua ke benua, dari pulau ke pulau, dari satu semenanjung ke satu semenanjung, dari daratan ke lautan, dari kutub ke kutub, semuanya penuh dengan kacau bilau. Tidak berhenti-henti dengan huru-hara.

Krisis berlaku di mana-mana. Dari krisis itulah membarah menjadi kacau-bilau. Dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya. Dari krisis individu hinggalah ke krisis dalam keluarga. Dari krisis dalam institusi hinggalah ke krisis dalam kelompok yang besar dan melibatkan antara daerah dan negeri. Dari krisis dalam sebuah negeri berkait pula dengan negara lain. Dan krisis antara kerajaan mencetuskan impilikasi yang lebih besar. Implikasi itulah membuahkan kacau-bilau. Kacau-bilau melarat menjadi peperangan. Peperangan bukan lagi menjadi satu tragedi. Peperangan menjadi pilihan tetapi tidak pernah menyelesaikan perbalahan.

Demikian Dukhan: Langit Akhir Zaman mempersembahkan kepada khalayak mengenai masa depan dengan paduan wahyu Ilahi demi membangkitkan rasa kehambaan dan keinsanan pada diri setiap umat islam.