Buku

Dongeng Bapak

Penulis: Nassury Ibrahim

ISBN: 9789674306823

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Sebanyak 101 buah puisi yang terkandung di dalam buku ini adalah tingkat kematangan dan titik puncak kehadiran penulisnya. Seni puisi itu dijadikan alat sosialisasi dalam proses masyarakat membentuk manusia Melayu menjadi seseorang. Unsur falsafah di dalam puisi-puisi ini sangat tebal dengan gaya bahasa yang khas dan kelainan dalam bentuk penyampaiannya.

Idealisme puisi-puisi dalam Dongeng Bapak ini banyak bertitik tolak daripada isu krisis politik pada akhir tahun 1900-an. Kemudian, imejnya berkembang kepada permasalahan hidup dan kehidupan manusia. Imej “bapak” yang bermula daripada pemimpin perundangan telah berkembang kepada imej pemimpin keluarga, parti, organisasi, masyarakat, raja, media, keselamatan dan sebagainya dalam pelbagai disiplin kehidupan.

Nikmatilah puisi-puisi dalam buku ini dalam cita rasa kesusasteraan dan bukan kesusasteraan, dengan rempah dan rencah masing-masing agar sejarah yang terakam di dalamnya dapat membantu khalayak membina sejarah baharu yang lebih cemerlang.