Buku

Doa, Cinta dan Pohon Lilit

Penulis: Mabulmaddin Shaidin

ISBN: 9789674304515

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Penulis Doa, Cinta dan Pohon Lilit menggeluti dua dunia penulisan yang berbeza – kewartawanan dan kreatif; dua dunia penulisan yang mempunyai dua simpang berlainan untuk sampai ke destinasinya.

Kewartawanan menuntut fakta, sedangkan dunia kreatif menuntut kebebasan yang kadang-kadang berlebihan. Sebagai “ayah” yang membenihkan puisi-puisi dalam kumpulan puisi ini, penulis harus berlaku adil terhadap dunia kewartawanan yang juga “anaknya”.

Maka Doa, Cinta dan Pohon Lilit terlahir hasil daripada adunan tanggungjawab penulis sebagai “ayah” yang dikacuk daripada dunia fakta dan dunia kreatif.