Buku

Dia Dan Nya

Penulis: Sutung Umar RS

ISBN: 9789674300814

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Dia dan Nya ialah sebuah karya Sutung Umar Rs yang berkisar tentang perjalanan diri yang menghimpunkan pengalaman masa lalu dan masa kini, dan memberikan persepsi kepada masa hadapan. Novel ini menggunakan teknik yang lain daripada kebiasaan iaitu dengan mengemukakan watak “diri terbelah” iaitu Dia dan Nya. Dia ialah watak bulat kehidupan yang bergelut antara buruk dan baik. Dia juga ialah nafsu yang menghuni tubuh manusia. Sementara watak Nya ialah watak jiwa yang mendorong kebaikan dalam tubuh manusia. Pengalaman hidup Dia dipenuhi pelbagai pengalaman masa lampau yang penuh noda. Nya pula muncul sebagai suara-suara dalaman untuk mengeluarkan Dia daripada noda masa lampau.

Setelah melalui pelbagai pengalaman, Sutung menyudahkan Dia dan Nya dengan menemukan titik akhir perjalanan hidup manusia.