Buku

Kumpulan Puisi: Di Sini Aku Berdiri

Penulis: Shapiai Muhammad Ramly

ISBN: 9789670892979

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Penulisan yang baik ialah suatu persembahan karya yang dipersembahkan oleh seseorang pengkarya yang menjalinkannya antara kekuatan dalam berbahasa dan daya imaginasi, karya akan menjadi cahang. Bahasa dan imaginasi ibarat bata-bata yang saling melengkapi untuk membina sebuah rumah yang sempurna.

Kumpulan puisi ini boleh dijadikan contoh puisi-puisi yang dibangunkan dengan menggunakan kekuatan bahasa dan kemantapan daya imaginasi yang dibaurkan pula dengan pengalaman penulis sebagai seorang pendidik. Maka tidak hairanlah, puisi yang mengisi kumpulan puisi ini ialah sebuah jujukan buah fikir yang bernas, indah dan bersifat didaktik. Penulis mengangkat persoalan dunia Melayu yang berkaitan dengan siasah, kemiskinan, akhlak, pendidikan, ekonomi serta agama melalui kaca mata beliau sebagai seorang pendidik. Walaupun menyentuh pelbagai persoalan, namun titik akhirnya tetap dinoktahi kepada agama kerana inilah inti yang ingin disuarakan oleh penulis.