Buku

Kumpulan Puisi: Di Persimpangan Musafir

Penulis: Fairul Pujangga

ISBN: 9789674602383

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Di Persimpangan Musafir pilihan tidak sepi membisikkan selera pilihan tidak terhenti di telunjuk kita pilihan bersilih ganti hingga berakhir masa. Kelahiran 60 buah puisi yang dimuatkan dalam kumpulan puisi: di persimpangan musafir ini ialah hasil amatan jasmani dan rohani yang tinggi serta binaan peribadi penulisnya yang berlatarbelakangkan guru seni sekali gus penggiat seni pengucapan puisi yang cekal. Bait-bait aksara setiap puisi ditulis daripada hati yang tulus, dan di dalamnya nanti akan ditemukan katarsis. Ia berkembang daripada eksplorasi ruang teater yang bersemi dengan ruang puitis aksara.