Buku

Di Kulit Bumi Karya-Mu

Penulis: Aminhad

ISBN: 9789674300746

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Kumpulan puisi Aminhad ini memuatkan 102 puisi berserta 20 sketsa. Puisi memang dunia Aminhad. Tetapi banyak yang tidak tahu bahawa dunia seni Aminhad bukan hanya dalam lingkungan aksara semata-mata, bahkan Aminhad turut bermain dengan lakaran dan goresan. Puisi-puisi dalam kumpulan puisi Di Kulit Bumi Karya-Mu memperlihatkan kemampuan Aminhad sebagai seorang penyair dalam menyampaikan pengalaman beliau melalui kepelbagaian tema, misalnya ketuhanan, kehidupan, nilai kemanusiaan, kekeluargaan dan pengorbanan. Aminhad banyak menggunakan gaya bahasa yang agak sederhana, tetapi pemilihan diksinya segar dan mudah difahami. Aminhad cuba untuk menggambarkan apa-apa yang dilihatnya secara visual kepada pembaca. Puisi-puisi dalam kumpulan ini juga kaya dengan imej dan metafora yang perlu ditafsirkan secara imaginatif Puisi-puisi indah yang diiringi dengan sketsa-sketsa menawan menjadikan Di Kulit Bumi Karya-Mu sangat lazat untuk dinikmati.