Buku

Kumpulan Puisi : Di Kertas Di Pentas

Penulis: Shukri Abdullah

ISBN: 9789670798820

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Sejumlah 80 buah puisi yang merakamkan pengalaman peribadi penulis terkandung dalam naskhah ini. Isinya ditukang secara mendalam, menawarkan serta menyuguhkan pengalaman emosi yang seimbang dengan kekuatan bentuknya. Isi-isi puisinya berbau optimis, pesimis, sinis serta rasa ingin tahu terhadap persoalan tak terungkai tentang idea atau perkara yang disorot oleh penulis.

Dua sisi puisi “Di Kertas” dan “Di Pentas” menyatakan dua sisi rasa. Di Kertas dengan lentik dan lentur bahasa yang halus dan indah, melahirkan puisi-puisi yang “senyap”. Di Pentas pula, puisi-puisi yang berbentuk propaganda, kempen dan bujukan melahirkan rasa yang “hingar”, yang penuh dinamik, bertenaga dan jelas mesejnya.